Friday 19 August 2011

Semua Tentang Kita



TENTANG 1


“Nea!!!”
Gadis yang tadinya enak dibuai mimpi tersentak lantas mengangkat muka.
“Tidur dalam kelas! Kalau nak tidur, bukan di sini tempatnya!” Tegas Elliza, guru matapelajaran Matematik yang amat ditakuti kerana sikapnya yang garang dan tegas.
“Habis? Di mana tempatnya?” Semua mata memandang ke arah Nea. Ada yang terbeliak, seakan tidak percaya dan ada pula yang hanya tersengih mendengar soalan yang keluar dari mulut Nea.
“Hah?! Apa awak cakap??” Suara Elliza kian meninggi. “Nea! Awak berdiri di luar!! Now!!!”

Huh…setakat berdiri di luar, apa kelas?? Hantarlah aku ke detention class, ada aircond…senyap…selesa… Huh!!

Nea mengatur langkah keluar dari kelas dengan wajah yang bersahaja. Ini bukan kali pertama dia didenda sebegitu, memang sudah banyak kali sehingga dia sudah lali. Nea bersandar di dinding bersebelahan muka pintu sambil matanya ligat memandang keadaan sekelilingnya. Tiba-tiba, sebuah kapal terbang kertas jatuh melayang di hadapannya. Nea memandang ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Dengan wajah berkerut memikirkan dari mana datangnya kapal terbang kertas itu, Nea mengutipnya. Lipatan kertas itu pantas dibuka.

Isk..setiap kali aku didenda berdiri di luar, mesti ada kapal terbang kertas ni.. Musykilnya aku!!! Suspek aku mesti ada di sekitar ni…Ntah-ntah budak dalam kelas aku sendiri…Ish!! Tak taulah!!

Bagi aku dunia ini memang unik..
Maka lihatlah dunia dari sudut yang menyeronokkan!!

Dan seperti biasa, dia akan memberi pendapatnya mengenai hidup dan masyarakat atas muka bumi ini…Huh! Walau sesiapa pun engkau, walau di mana kau berada, aku nak kau tahu yang satu hati nanti aku akan dapat tahu gak siapa kau! Masa tu, aku akan balas balik apa yang kau dah tulis untuk aku selama ini.. Agaknyalaaaah……

Nea mengerling ke dalam kelas melalui tingkap. Warga kelas 5D nampaknya memberi perhatian yang penuh dalam sesi pembelajaran Matematik itu.

Heh…tu bukan apa tu.. Tu bukan ikhlas nak belajar.. Belajar sebab takutkan Cikgu Elliza tu… Kalau time Cikgu Elliza atau Cikgu Iqram, memang concentrate habis! Maklumlah, yang seorang tu digeruni dan yang seorang lagi tu dipujai! Selalunya time Cikgu Iqram, budak-budak perempuan lah yang all out bila study ke, buat presentation ke.. Yalah, nak tarik perhatianlah katakan! Budak lelaki pulak tunjuk baik sebab majoriti ahli Kelab Bolasepak sekolah dan Cikgu Iqram lah coach and pengerusinya… Aku?? Daripada jadi hipokrit lebih baik baik aku jadi konkrit! Ada jugak faedahnya…jadi jambatan, bangunan, tak gitu??

“Awak tilik-tilik apa kat situ, Nea??!” Nea tersentak saat suara lantang Elliza menggigit gegendang telinganya. “Berdiri betul-betul!!”
“Ya…ya….” Nea membalas, malas.

Ces! Tu pun nak jerit-jerit… Kalau semua orang kat dunia ni suara macam tu, tentu syarikat mikrofon bankrupt… Yalah, suara dah semulajadi lantang dan besar macam tu! Huh!


“Macam mana guys?? Okey tak tadi?” Isaac melabuhkan punggungnya ke kerusi, menyertai sekumpulan pemuda yang duduk berbual sambil minum di gerai di tepi jalan itu.
“Eh, Isaac! Kau pergi mana tadi, hah? Ntah macam mana kau boleh lepas dari pandangan kitaorang… Lost macam tu je!” Pemuda dengan rambur dreadlock itu menepuk-nepuk bahu Isaac. “Nah..minum!” Setin Malta disorong ke arah Isaac yang duduk di sebelahnya.
“Eh..eh..air lain takda ke? Kau ni, Max…asyik nak aku minum Malta je..”
“Malta tak boleh ke? Air kesihatan, kan??” Isaac menggeleng. Max tersengih. Sengaja dia mengunjuk air tin Malta yang tidak disukai oleh Isaac.
“Tak nak aku…”
“Nah, Coke!” Paee mendorong setin Coke ke arah Isaac seraya membetulkan kaca matanya.
“Eh-eh! Favorite aku ni! Trimas, Paee!” Pembuka tin segera disentap sebelum Isaac mula meneguknya beberapa kali. “Kenapa dengan cermin mata kau, Paee?” Isaac memandang ke arah pemuda berbaju T kelabu itu.
“Kau ingat tak budak yang pakai sleeveless shirt colour oren dengan rambut colour merah tadi?”
“Oh, yang macam pesta warna warni tu ke?? Haha… Bright colour.. Buat tension aku je tengok..” Daiym tergelak kecil.
“Hahaa.. Aku ingat tu! Budak tu hebat jugak cara dia fight tadi… Kau ada fight dia jugak ke tadi?”
First, dia tumbuk aku… Spec aku jatuh. Dia pun dengan senang hati, pijak.. Retak ni haa… Aku struggle untuk kutip balik and then bila dapat, aku bantai dia balik. Mahunya aku tak marah, spec mahal woo… Girlfriend aku kasi!” Max menolak kepala Paee yang duduk di sebelahnya.
“Mat jiwang!” Isaac dan Daiym tergelak besar. Paee hanya mencebik.
“Kau lawan dengan budak botak tadi apa cerita, Isaac?” soal Daiym. “Aku dengar budak tulah kepala diaorang semua tu tadi…”
“Okey je. Kalau polis tak datang tadi..hm..aku rasa, parah budak tu!” Balas Isaac bersungguh-sungguh.
“Eh,Isaac.. Kau tahu tak sebab apa bos suruh kita belasah geng tu?” Max bersuara. Puntung rokok dibuang ke tepi. Asap yang membunuh itu kini kian lenyap.
“Taiko diaorang, kacau business bos di pub kita.. Adanya dia hantar orang untuk edar ecstacy di pub. Bos kita tak nak buat kerja haram macam tu.. Actually, diaorang yang atur fight hari ni.. Bouncer pub diaorang lawan dengan kita…! Aku rasa kita dah menang aar sebab mereka teruk tadi…” Isaac tersenyum sinis.
“Betul cakap kau, Isaac!” Paee angguk setuju. “Jadi jom kita raikan kejayaan kita ni!!”
“ Nak rai macam mana, Paee?” Bulat mata Daiym memandang wajah rakannya.
“Kita pergi shopping nak?” balas Paee beria-ia.
“Eee…kenapa aku rasa macam aku dah tukar jantina jadi perempuan eyk? Nak celebrate something dengan pergi shopping?!” Max mencebir.
“Alaa..sesekali pergi shopping dengan duit gaji okey apa… Aku nak beli Levi’s baru ni.. Levi’s aku banyak koyak rabak…”
“Hmm..aku pun nak survey PS market.. Ha, Paee…Levi’s Levi’s jugak, aku cadangkan kau beli je contact lense.. Kerja fighting ni pakai cermin mata, bahaya!” Ujar Daiym seraya mengukir senyuman.
“Ha, apa lagi! Gerakla!” Max bingkas bangun. Daiym, Paee dan Isaac juga begitu.
“Eh, alamak.. Daiym, pukul berapa sekarang?” soal Isaac tiba-tiba.
“Jam di tangan kau tu apa ke faedahnya, Isaac?” soal  Max kehairanan.
“Jam aku ni buat hiasan tangan je.. dah habis bateri pun! Hahaha…”
“Bagero..” Paee tergelak. Begitu juga dengan Daiym dan Max.
“Pukul 12.30.. Lunch time ni.. Kau bingung pasal lunch ke? Takpalah.. Sampai TheSummer nanti kita bantai la McD, nak tak??”
“Bukan yang tu la, Im.. Aku kena jemput girl aku kat sekolah laa..”
“Eh-eh! Ya tak ya! Lupa pulak aku.. Nah, ambil kunci bini aku ni.. Ko pakailah dulu. Kereta kau dalam workshop kan? Hari pun gelap macam nak hujan je ni..” Max meletakkan kunci Volkswagon Microbus yang diubah suai berwarna hitam dan putih itu ke dalam genggaman Isaac.
“Kalau aku drive ni, korang pulak macam mana?”
“Alaa…kita naiklah bas. Tak pun naik teksi..tak pun…”
“Cukup-cukuplah tu, Paee! Mengarut je kerja kau ni.. Dahlah, Isaac. Kau blah cepat. Lepas jemput girl kau tu, kau bawak dia sekali shopping dengan kitaorang. Kitaorang tunggu kat tempat biasa okey?” Daiym mencelah.
“Ok, trimas, guys!”
“Skemalah trimas-trimas ni…” Daiym menepuk belakang kepala Isaac.
“Eh-eh sebelum tu…”
“Apa hal lagi ni, Isaac?” Berkerut dahi Paee memandang Isaac yang berdiri di hadapannya.
“Muka aku?? Okey?? Ada lebam-lebam ke…luka ke?? Hah?”
“Muka kau okey, cuma kat pipi tu ada calar sedikit… Tampal plaster la…” cadang Daiym.
“Adus…luka pulak!”
“Takpalah, Isaac. Fahamlah dia nanti.. Bukan baru sehari dua kenal pun… Dah bertahun-tahun dah!” sampuk Max cuba menenangkan sahabat baiknya itu.
“Aku harap macam tulah..”
“Okey, Isaac! Jumpa kat sana nanti.. Chaow!”



Hmm..rambut? Okey.. Baju? Okey… Seluar..kasut… Perfect! Isk..cuma muka ni jelah.. Kalau si Botak tadi tak main kotor bawak penknife, tak calar pipi aku ni! Ah, nak buat macam mana, benda dah jadi…

Isaac melangkah keluar dari microbus lalu bersandar menunggu kemunculan gadis yang amat disayanginya, gadis yang menjadi satu-satunya sebab dia terus hidup.
Goodgirl!” Isaac melambai-lambai tangannya. Gadis dengan pakaian seragam sekolah itu mengukir senyuman sebelum berlari anak menuju ke arah Isaac.
Hello, Mr.Goodboy!” Sapa gadis itu sebelum memeluk Isaac erat.
Sorry, abang lewat sedikit…”
It’s okay. Nea okey.. Eh, kenapa pulak dengan pipi tu? Macam best je plaster transparent tu!”
“Err..calar sedikit…”
“Abang fight lagi ke?” Perlahan, Isaac angguk. “Erm..tu je luka?” Soal Nea mendatar.
“Rasa-rasanya…tu je!” Isaac menelan air liur. Nada Nea yang bersahaja itu membuatkannya sedikit bingung. Selalunya apabila Nea tahu dirinya bergaduh, Nea akan memarahinya tetapi tidak hari ini.
“Siapa menang fight?”
“Abang…dengan Daiym, Max dan Paee…”
“Mereka okey?”
“Okey.”
“Erm, dah dapat gaji?” Isaac angguk. “Nea nak new pair of Converse.” Isaac tersenyum lebar. Nea menumbuk lembut bahu abangnya.
“Nea..abang ingat… Nea…”
“Nea nak marah abang?” Isaac angguk. “Asalkan abang tak apa-apa,pandai jaga diri, Nea tak kisah. Nea cuma marah kalau abang cedera teruk! Tu je…”
“Trimas sebab memahami.”
“Abang kan abang yang terbaik di dunia ni, salah ke kalau Nea pulak nak jadi adik terbaik di dunia?” Isaac mengusap lembut rambut Nea. “Dahlah, Bang.. Eh-eh.. Ni van si Max kan? Mana mereka?”
“Mereka tunggu kita kat tempat biasa. Kita lunch kat luar hari ini, okey?”
Great! Nea pun malas nak masak-masak..”
“Okey. Cepatlah masuk. Hari pun dah nak hujan ni..”
“Okey, bos!”